PUNCA DAN PENGAJARAN TRAGEDI 13 MEI 1969
E-FOLIO MPU21032 ETIKA DAN PERADABAN
Disediakan oleh,
MOHAMAD FARIS IKWAN BIN ROSHIDI | 12DDT22F1027 |
SYED IRFAN RAHIMI BIN SYED SAFWAN FAISAL | 12DDT22F1009 |
NAMA PENSYARAH : PUAN AIEZZATUL AMALIYAH BINTI ABDULLAH
Isi Kandungan :
- Maksud Tragedi 13 MEI 1969.
- Punca-punca tragedi 13 Mei 1969.
- Kesan daripada tragedi 13 Mei 1969.
- Pengajaran Tentang Tragedi 13 Mei 1969
- Kesimpulan tentang tragedi 13 Mei 1969.
- Rujukan.
Apa itu Tragedi 13 MEI 1969?
Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang banyak meninggalkan kesan terhadap politik, ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia. Peristiwa 13 Mei sememangnye bukan suatu rentetan kepada sebab-sebab atau peristiwa yang telah berlaku sebelumnya. Kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu merupakan salah satu faktor yang turut menyumbang kepada peristiwa 13 Mei. Selain itu, kesan daripada penjajahan Inggeris juga boleh dilihat sebagai punca kepada peristiwa tersebut. Contohnya amalan diskriminasi yang dibawa oleh Inggeris telah banyak merenggangkan lagi hubungan antara kaum di Tanah Melayu. Dari sudut ekonomi peristiwa 13 Mei, banyak meninggalkan kesan yang negetif terhadap masyarakat Melayu khasnya dan golongan bumiputera. Dasar ekonomi baru yang dirancang oleh kerajaan pada 1971 merupakan satu usaha bertujuan untuk mengimbangkan kembali kedudukan ekonomi dan hubungan antara kaum di Malaysia.
Apakah punca-punca tragedi 13 Mei 1969?
1. Layanan berat sebelah oleh Tentera Jepun.
Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara berbeza-beza. Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu, Keadaan ini berikutan Jepun yang pernah berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan saling mendedami antara satu sama lain masih segar dalam ingatan. Layanan berat sebelah telah menyemai perasaan permusuhan antara orang Melayu dan orang Cina.
2. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.
Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada peristiwa 13 Mei. Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa rasmi negara. Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan akan mengkaji semula tentang kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan untuk mengugurkannya daripada status bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi. Untuk mencapai tujuan itu, pada 31 Ogos 1967 kerajaan telah mengadakan pelbagai kegiatan bagi tujuan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu.Antara kempen yang dijalankan ialah Hari Bahasa Kebangsaan, Minggu bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan. Pelaksanaan penggunaan Bahasa Kebangsaan telah dipelopori oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan dipimpim oleh Syed Nasir bin Ismail.
3. Perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu.
PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puashati terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan. Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih daripada keadilan. Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya "Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia ", isu sebenar yang mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu. Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah terkebawah berbanding dengan kaum Cina. Pendeknya apa yang didakwa oleh orang- orang Cina yang mereka terjejas oleh peruntukan hak istimewa orang Melayu ini adalah sebagai alat semata-mata umtuk mereka berlindung di sebaliknya bagi menarik perhatian dan sokongan ramai terutama menjelang pilihan raya 1964. Menyedari akan bahayanya pengaruh majoroti Cina dari Singapura ini, Tunku telah mengambil keputusan untuk memaksa Singapura keluar dari Malaysia pada 9 Ogos 1965. Namun keadaan ini tidak mematahkan semangat PAP untuk cuba membela nasib orang-orang Cina di Tanah Melayu. Berikutan itu sebuah parti baru telah ditubuhkan di Malaysia bagi mengambilalih fungsi PAP sebelum ini. Parti baru itu diberi nama Parti Tindakan Demokratik (DAP). Menjelangnya pilihanraya 1969 parti DAP dan parti -parti pembangkang lain telah memainkan isu-isu sensitif dan perkauman termasuk membangkitkan soal-soal ketidakadilan menyebabkan perasaan tidak puas hati dan kegelisahan di kalangan rakyat menjadi bertambah. Sebenarnya apa yang cuba dilakukan oleh parti-parti politik ini bertujuan untuk mendapatkan kemenangan dalam pilihanraya, di mana mereka tidak mempedulikan sentimen antara kaum yang boleh membahayakan itu.
4.Perbezaan agama dan budaya
Kaum melayu sebahagian besarnya beragama islam Kaum cina beragama Buddha, Lao-Tza, Taoisme, Conficius manakala kaum india beragama hindu. Di samping itu terdapat juga yang beragama kristian. Setiap kaum juga mempunyai kebudayaan yang tersendiri. Masalah perpaduan ini bukannya bermula disebabkan agama lain tetapi akibat dari sikap jahil terhadap agama-agama lain hingga banyak perkara yang dilakukan secara tidak sengaja telah menyinggung emosi penganut agama lain. Inilah punca yang telah mengakibatkan peristiwa 13 Mei 1969.
Anggota Pasukan Simpanan Persekutuan sedang mengawal rusuhan.
Apakah kesan-kesan daripada tragedi 13 Mei?
1) Pengishtiharaan darurat.
Implikasi pertama Peristiwa 13 Mei ialah pengisytiharan darurat. Berikutan rusuhan yang belaku pada 13 Mei di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, pada 16 Mei 1969, Darurat telah diisytharkan oleh Yang Di-Pertuan Agong di bawah Ordinan No.2 ( Kuasa-kuasa perlu) Darurat 1969 – P.U.(A) 149. Dengan pengisytiharan itu, Perlembagaan Persekutuan digantung. Darurat menjadikan ibu kota Kuala Lumpur seperti kota lama ditinggalkan, bergelap serta seakan berkabung atas kehilangan nyawa yang begitu banyak dalam satu masa. Apabila berkuatkuasanya Ordinan Darurat maka Parlimen dibubarkan. Negara diletakkan dibawah pemerintahan penuh YDPA yang mengetuai turus angkatan tentera. Pasukan-pasukan tempur dan bantuan tempur serta Pasukan Wataniah telah diatur gerakkan untk membantu mengawal ketenteraman Op Gerahana , Pasukan-pasukan yang memainkan peranan penting dalam Battalion 2 RAMD, 5 RAMD dan 7 RAMD. Darurat menjadikan ibu kota Kuala Lumpur seperti kota lama ditinggalkan, bergelap serta seakan berkabung atas kehilangan nyawa yang begitu banyak dalam satu masa. Setelah mengisytiharkan darurat di seluruh negara pada 16 Mei 1969 kerajaan telah menubuhkan Majlis Gerakan Rakyat (MAGERAN) yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu iaitu Tun Abdul Razak.
Rumah dan kedai hangus dibakar oleh penunjuk perasaan semasa peristiwa 13 Mei.
2) Pembentukan Mageran
MAGERAN dibentuk bertujuan untuk mengembalikan keaman dan undang-undang negara, menentukan pentadbiran yang licin dan semurna dan mengembalikan suasana keharmonian dan kepercayaan antara kaum di Malaysia. Dengan wujudnya MAGERAN maka sistem kerajaan berparlimen telah digantung dan semua kuasa pentadbiran telah dipusatkan kepada MAGERAN. Fungsi kerajaan berparlimen mula dipulihkan semula pada 23 Februari 1971 menangani isu-isu pembinaan semula perpaduan masyarakat MAGERAN telah mewujudkan Rukun Negara sebagai ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara. Rukunegara juga menjadi panduan bagi rakyat Malaysia bertindak dengan memberi penekanan kepada matlamat untuk mewujudkan satu masyarakat yang bersatu, demokratik, adil, liberal dan saintifik.
Anggota Pasukan Simpanan sedang melakukan rondaan di kawasan yang berlaku rusuhan.
Pengajaran Tentang Tragedi 13 Mei 1969
1) Pentingnya Persatuan dan Keharmonisan Etnis
Tragedi 13 Mei mengingatkan kita akan pentingnya menjaga persatuan dan harmoni antara beragam etnis dalam sebuah negara multikultural. Konflik etnis dapat memicu kekerasan dan kerusuhan yang merusak, sehingga penting untuk mempromosikan dialog antar-etnis dan inklusivitas.
2) Kepentingan Pendidikan dan Penyuluhan
Tragedi 13 Mei juga menunjukkan pentingnya pendidikan dan penyuluhan untuk mengurangi stereotip dan prasangka etnis. Pendidikan yang lebih baik dapat membantu memahami perbedaan budaya dan menghargai keragaman.
3) Peringatan Tentang Bahaya Propaganda dan Retorika Membahayakan
Tragedi ini juga memperingatkan tentang bahaya propaganda dan retorika yang dapat memicu kebencian etnis. Kepemimpinan politik dan media harus bertanggung jawab dalam menggunakan bahasa yang mendukung perdamaian dan persatuan.
4) Pemeliharaan Sejarah
Sejarah Tragedi 13 Mei harus dipelihara sebagai pengingat bagi generasi mendatang tentang dampak negatif dari konflik etnis dan kekerasan politik.
KESIMPULAN
Tragedi 13 Mei adalah peristiwa yang merupakan babak sangat gelap dalam sejarah Malaysia yang berdampak besar pada masyarakat dan politik negara tersebut. Kerusuhan tersebut memicu tindakan darurat dan perubahan yang signifikan dalam politik dan keamanan Malaysia. Meskipun peristiwa tersebut terjadi pada tahun 1969, dampaknya masih terasa hingga saat ini dalam masyarakat Malaysia.
Tragedi 13 Mei adalah pengingat akan pentingnya menjaga persatuan dan harmoni antar-etnis dalam sebuah negara yang pengbagai kaum. Kesimpulan yang dapat diambil adalah bahwa konflik etnis dan politik dapat memicu kekerasan dan kerusuhan yang merusak. Oleh kerana itu, penting untuk kita mempromosikan dialog, inklusivitas dan pembangunan yang adil untuk mencegah berulangnya tragedi serupa di masa depan.
RUJUKAN
Comments
Post a Comment